Skip to main content

Viral

Kugiran Masdo Bikin Konsert Di Dewan Filharmonik Petronas!

sekadar-gambar-hiasan-2023-05-18t002451-634.png

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS, meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo pada hari Sabtu, 22 Julai 2023 jam 8.30 malam.



Konsert ini merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat-bakat seni dan memberikan mereka platform sejajar dengan matlamat DFP untuk menghidangkan muzik pelbagai genre untuk menarik semua lapisan masyarakat.

Penubuhan Kugiran Masdo pada tahun 2015 diinspirasikan dari filem Allahyarham P Ramlee, Do Re Mi, manakala muzik mereka banyak dipengaruhi oleh kugiran era 1960an seperti A Ramlie & The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Wonders, serta era tahun 2000an seperti The Last Shadow Puppets dan The Changcuters.   

Must-Watch Video

Advertisement