Skip to main content

Budaya Popular

"Kurus Salah, Gemuk Salah" - Nampak Makin Kurus & Pucat, Dafi Nafi Sakit

whatsapp-image-2024-10-02-at-9-54-13-am.jpeg

Tampil dengan sosok tubuh yang semakin cengkung dan pucat, penyanyi dan pelakon Dafi Ismail menafikan dirinya kini sedang sakit.

Jelas Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, tubuhnya kurus mendadak gara-gara dirinya konsisten mengawal pengambilan makanan harian.
 
"Kita gemuk salah, kurus pun salah. Sebenarnya saya ada release lagu baru bulan Ogos lepas, jadi saya kenalah nampak fit sedikit dan presentable itu sahaja.
 
"Terima kasih kepada yang concern. Alhamdulillah, saya sihat. Saya tak sakit pun. Tak perlulah fikir bukan-bukan.
 
"Kalau semua perasan saya mula kurus sejak menjalani penggambaran untuk filem Malbatt lagi. Bukan baru saya kurus, selepas itu saya memang mencuba sehabis baik untuk terus kekal kurus," katanya kepada Gempak.
 
Menurut bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu lagi, dia akan melihat perubahan berat badannya yang menyusut berpandukan saiz seluar yang dipakai.

Dalam perkembangan lain, Dafi kini giat mempromosikan lagu terbaharunya, Hellooo!, gubahan Shazee Ishak dengan lirik ditulis oleh Altimet.
 

"Lagu itu mengingatkan kita supaya hidup dengan positif dan sentiasa bersangka baik dengan semua orang," katanya.

Must-Watch Video

Advertisement