Ini juga meletakkan Don Dukun sebagai filem komedi seram tempatan nombor satu tahun ini apabila mencatatkan kutipan box office. Fuh hebat!
Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad merakamkan penghargaan sekali gus teruja apabila Don Dukun mendapat tempat di hati penonton tempatan.
Don Dukun diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama oleh Infinitus Productions dan GSC. Filem arahan Waan Hafiz itu membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong.
Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial.
Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga.
Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini.