Skip to main content

Berita Tempatan

Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

astro_gempak-(1).jpg

Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth, berkata sebagai alternatif, peniaga ataupun pemilik premis itu boleh menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi.

"Sekiranya gagal mematuhi arahan Majlis (di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976) boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 atau boleh didenda oleh mahkamah jika disabitkan kesalahan iaitu tidak melebihi RM2,000," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

BERITA TRENDING: Gara-Gara Tak Mahu Hubungan Sulit Terbongkar, Wanita Tergamak Buang Bayi Siap Balut Dalam Plastik

Sumber: BERNAMA

Must-Watch Video

Advertisement