Kisah sekumpulan sahabat yang lari dari penderitaan di rumah orang tua dan mengejar UFO yang menjanjikan kehidupan awet muda sepanjang zaman. Berjayakah misi mereka?
Itu jalan cerita filem komedi drama, Operasi UFO yang mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 5 Februari lalu.
#1 CGI
Menariknya, filem terbitan MBC Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Khairul Anuar Mat Noor atau dikenali sebagai Abang Warna itu turut menggunakan elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI) sekali gus menjadikan filem sulung terbitan syarikat itu boleh dibanggakan.
#2 2 tahun
Disebabkan itu juga, menurut pengarahnya, Abang Warna filem Operasi UFO itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum mula ditayangkan.
"Penggambaran dijalankan pada bulan September 2020 dan ia memakan masa sedikit disebabkan proses suntingan yang menggunakan CGI. Dalam masa sama untuk kami mendapatkan kelulusan Astro First juga agak memakan masa.
"Kami menjalankan penggambaran ini selama 10 hari dan lokasinya di sekitar Kuala Lumpur. Lokasi lain di Batu Pahat, Johor kerana kami ingin mendapatkan suasana ladang nanas di sana,” katanya.
Viral
Lari Dari Rumah Orang Tua & Kejar UFO, Ini 5 Perkara Menarik Yang Perlu Korang Tahu Tentang Operasi UFO!