Skip to main content

Budaya Popular

“Lebih Baik Reward Diri Daripada Dikhianati” - Cik Epal Kongsi Foto Beli Kereta Jenama Mewah

astrogempak_cik_epal_beli_kereta_mewah.jpg

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto dan video bersama sebuah kereta baharu yang dipercayai miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang memiliki sebuah kenderaan mewah jenama Mercedes-Benz G-Class yang dianggarkan bernilai RM1.79 juta.

Kongsinya, pembelian kereta tersebut adalah sebagai hadiah buat dirinya sendiri selepas melalui pelbagai cabaran dan dugaan, khususnya selepas bergelar ibu tunggal.


“Yang benar, Cik Epal, founder @makajihq yang gonjeng,” tulisnya. 

Meninjau di ruangan komen, rramai rakan artis serta netizen mengucapkan tahniah atas pencapaian Cik Epal dan turut mendoakan yang terbaik buatnya.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:



Terdahulu, Cik Epal pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum rumah tangganya mula bergolak selepas bekas suaminya, Jofliam didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukan perusahaan pizzanya.

Mereka kemudiannya berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.

Must-Watch Video

Advertisement