Skip to main content

Budaya Popular

Lebih Selektif, Aaron Aziz Mahu Kurangkan Watak ‘Klise’ - “Jadi Lelaki Gay Saya Okay Kerana…”

astro_gempak_aaron-aziz-nak-watak-gay.jpg

Ujar Aaron atau nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 48, dia mahu mengurangkan watak sterotaip ‘romantik’ dan mahu menjayakan watak yang lain daripada yang lain bersesuaian dengan umur. 
 
“Saya kurangkan ambil watak orang kaya moden berkahwin dengan perempuan kampung atau watak berkahwin dengan pembantu, jiran atau sebagainya.
 
“Watak berkaitan keganasan rumah tangga pun saya akan lebih selektif. Sebab terlalu stereotaip. Termasuk watak ala-ala filem KL Gangster. Saya mahu cari sesuatu yang baru.
 

“Lagi pun saya makin lama bukan semakin muda, jadi perlu cari watak yang sesuai dengan umur,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama Din Tiger terbitan Unifi TV yang berlangsung di Grand Hyatt Palace, Bukit Jalil pada Khamis.

 

Bagaimanapun, pelakon filem Ombak Rindu itu mengakui masih ditawarkan watak yang mahu dikurangkan itu. 
 
Tidak terus menolak, Aaron mengambil pendekatan untuk berbincang terlebih dahulu bersama pihak produksi tentang hala tuju watak yang akan dilakonkan. 
 
“Namun sehingga kini saya masih menerima tawaran watak yang saya kata mahu kurangkan itu. Minat saya masih dalam genre aksi dan love story.
 
“ Saya tidak tolak terus, tetapi ada perbincangan lanjut dengan pengarah dan penerbit bagaimana hala tuju karakter itu. Mungkin boleh ubah sesetengah bahagian.
 
“Drama yang ada di platform seperti Neflix sangat banyak dan penonton sudah jatuh cinta dengan jalan cerita drama luar negera seperti Korea. Ekspetasi penonton tinggi,” tambahnya.
 
Menerusi perkembangan lain, Aaron tampil dengan drama bersiri baharu arahannya berjudul Din Tiger yang telah ditayangkan bermula 6 Januari ini di Unifi TV.
 
Drama bersiri itu turut dibintangi Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki, Datin Seri Nina Juren, Josiah Hogan, Ako Mustapha, Tony Eusoff, Adam Corrie Lee dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement