Suami kepada pelakon Umi Nazeera, Dr Izzar Anwari berharap agar pergaduhan tentang isu perkauman yang sedang hangat diperkatakan kini dapat dihentikan.
Menerusi kemas kini di Instagramnya, Dr Izzar berkata, isu melibatkan perkauman sering menjadi ‘mainan’ sejak dia masih belum mendirikan rumah tangga sehinggalah ke hari ini.
“Dah dah lah tu duk bergaduh isu perkauman. Bosanlah. Dari zaman saya single hingga dah anak dua sekarang pun ada je isu ni. Sebenarnya kita semua ni saling memerlukan. Perlu toleransi dan saling memahami.
“Boleh bayangkan hidup tanpa mamak? Tanpa kopitiam? Tanpa kedai nasi campur tu? Tanpa bazar Ramadan?
“Lee Chong Wei main untuk Malaysia kita sokong je kan? Kita siap stop kejap solat tarawih masa tournament bulan puasa dulu nak support dia. Coach K. Rajagobal boleh je handle pemain-pemain Melayu untuk menjuarai SEA Games dan Suzuki Cup,” katanya.
Viral
“Lee Chong Wei Main Untuk Malaysia Kita Sokong Je Kan?” - Dr Izzar Anwari Bosan Isu Perkauman Malaysia Tak Pernah Tamat