Skip to main content

Trend Pasaran

Lelaki ‘Acah’ Pelanggan Kantoi Curi Telefon Bertekak Dengan Orang Ramai Sebab Nak Lepaskan Diri

astrogempak_lelaki-‘acah’-pelanggan-kantoi-curi-telefon-bertekak-dengan-orang-ramai-sebab-nak-lepaskan-diri.jpg

Taktik seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dan mencuri telefon pintar pekerja sebuah kedai serbaneka berhampiran Pekan Sungai Besi, Selangor pada Selasa membawa padah apabila kegiatannya diketahui umum.

Video  kejadian itu turut tular menerusi media sosial pada Rabu menunjukkan suspek cuba melarikan diri sambil dikelilingi orang awam.

Ketua Polis Daerah Cheras,  Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada 10.45 malam itu berlaku apabila lelaki tersebut kononnya datang ke kedai berkenaan untuk membeli barang.

"Semasa pekerja kedai berkenaan mendapatkan barang yang diminta, suspek bertindak mengambil dan membawa lari telefon pintar yang sedang dicaj di atas meja.

"Suspek bagaimanapun terjatuh ketika melarikan diri sebelum berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.
 

Must-Watch Video

Advertisement