Skip to main content

Trend Pasaran

Lelaki Jatuh Dari Tingkat Empat Lepas Tarian Tradisional Malaysia Di Vietnam

astrogempak_lelaki_jatuh_tingkat_empat_penari_malaysia.jpg

Tular di aplikasi X sebuah video memaparkan detik cemas apabila seorang pengunjung lelaki dilaporkan terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat membeli-belah di Hanoi, Vietnam sejurus selepas persembahan tarian tradisional Malaysia berakhir.

Menerusi video tersebut, insiden berlaku sebaik sahaja kumpulan penari dari Malaysia menamatkan persembahan mereka yang disaksikan ratusan pengunjung.

Rakaman itu juga menunjukkan mangsa sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berhampiran pentas utama dan dipercayai mengalami kecederaan serius akibat jatuh dari tempat tinggi.

Selepas kejadian itu berlaku, beberapa orang yang berada dikawasan itu bergegas untuk memberikan bantuan sementara menunggu pihak kecemasan tiba. 

 

Suasana meriah sebuah persembahan tarian kebudayaan Malaysia dalam pusat beli-belah di Hanoi, Vietnam pada Ahad bertukar cemas apabila seorang lelaki secara tiba-tiba terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan. pic.twitter.com/ZcLcGouV4p

Must-Watch Video

Advertisement