"ABIM mendoakan, semoga kita semua mendapat hidayah daripada ALLAH, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa.
Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa kononnya seorang lelaki yang berada hampir dengan wanita warga India jatuh dan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India telah memeluk Islam.
Menurut dakwaan tersebut, lelaki tersebut berada di belakang wanita berkenaan sebelum warga India itu jatuh.
Haridath berusia 48 tahun yang merupakan warganegara Malaysia kemudian mengunjungi pejabat ABIM untuk memeluk Islam.
Sehingga kini, mayat wanita yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, masih belum dijumpai biarpun sudah memasuki hari kelapan misi pencarian.
Berita Tempatan
Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India