Hidup penyanyi Virgoun nampaknya seperti semakin terumbang ambing.
Selepas kecoh dengan dakwaan curang sehingga melakukan zina sewaktu masih menikah sebelum akhirnya sah bercerai bersama Inara Rusli pada November tahun lalu, Virgoun kembali melalui episod hitam.
Pelantun Surat Cinta Untuk Starla ditangkap polis Jakarta Barat kerana terlibat dengan kes dadah.
“Benar (Virgoun ditangkap terkait dadah),” kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan wakil pihak polis kepada media massa seperti dilaporkan Detik.com.
Namun pihak polis belum memberi kenyataan penuh mengenai kronologi penangkapan penyanyi berusia 37 tahun tersebut.
Selain jenis dadah dan lokasi tangkapan, nama penuh Virgoun juga tidak disebut kecuali menggunakan perkataan V.
“Ya, nama awalnya V,” katanya lagi.
Pihak polis mengatakan sedang menyelidik kes tersebut.