Skip to main content

Budaya Popular

Lepas Geram! Prince Syed Berhabis Hampir 1 Juta Beli Barang Kemas Untuk Isteri Sempena Raya - “Nilai Tak Penting, Jasa Isteri Lebih…”

astrogempak_prince-syed-beli-emas.jpg

Pempengaruh Prince Syed berjaya mendapat perhatian ramai apabila telah berhabis sebanyak RM980,000 membeli barang kemas buat isterinya.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, barang kemas itu dibeli sempena Hari Raya yang bakal tiba.
 

 

 

Tambah Prince Syed lagi, dia tidak kisah untuk membelanjakan sebanyak itu  kerana jasa dan pengorbanan isterinya lebih besar berbanding nilai tersebut.

"Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai tu tak penting, yang penting adalah jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada disisi kita susah dan senang, moga isteriku akan jadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup.

"Kita beli apa-apa cukuplah sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia cuma janganlah berlebih-lebih, ikut kemampuan InsyaAllah," tambahnya.

 

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan di platform TikTok. 

 

 

Must-Watch Video

Advertisement