Penyanyi Tasha Manshahar memuat naik sebuah video yang memaparkan reaksi terkejut suaminya selepas diberitahu mengenai pembelian alat solek mewah yang dilakukannya.
Dalam video tersebut, Tasha memaklumkan bahawa dia baru sahaja berbelanja sehingga RM2,500 bagi satu gincu.
"Saya nak kongsi dengan korang, semalam saya ada beli sesuatu secara online. Saya beli satu gincu pada harga RM2,459," katanya dalam satu entri di Instagram.
Suaminya yang ketika itu sedang memandu terus menoleh kepadanya kerana terkejut dengan tindakan Tasha yang berhabis wang demi alat solek.
"Beribu? Mahalnya, biar betul..lebih baik beli jam," kata Raqib.
Bahkan, Tasha kemudian cuba menjelaskan kepada suaminya bahawa gincu edisi terhad itu telah dijual pada harga promosi.
"Itu pun lepas diskaun, sebelum diskaun RM2,999, tapi warna biasa je. Warna macam seolah-olah tak pakai lipstik, saya rancang nak beli satu lagi lipstik edisi terhad.
"Atau patut saya beli blusher (pemerah pipi) berharga RM2,300," katanya.
Suaminya yang mendengar kemudian hanya mampu menggelengkan kepala kerana merasakan tindakan Tasha itu tidak wajar.
"Baik beli jam. Mengarutlah..sama juga (beli yang biasa), blusher juga. Blusher tu pakai bulu apa? Bulu kuda?," soal suaminya.
Berita Tempatan
"Lipstik Tu Harga RM2,459" - Tasha Manshahar Nak Beli Alat Solek Edisi Terhad, Ini Respons Suaminya...