Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Lisa Surihani memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia, suami iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan anak-anak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39.
Kongsi Lisa, dia bersyukur apabila dapat meraikan momen manis tersebut bersama keluarga biarpun menjelaskan dia tidak lagi menyambut ulang tahun kelahirannya.
“Honestly memang dah tak celebrate dah. Raikan orang lain takpe, tapi untuk diri sendiri ni mem.. entah macam mana nak cakap.
“Tapi Alhamdulillah, syukur, keluarga dan sahabat sayang,” coretnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu turut menitipkan ucapan istimewa dan penghargaan buat suaminya yang merancang untuk meraikan hari bahagia tersebut.
“Abang, dalam kesibukan jadual dia yang nak raikan juga, tanya anak-anak cake apa nak, keluar beli cake coz really this was more for them. So that we can have this memorable moment with them.
“Thank you sayang for this, for trying to make it as meaningful as it was,” kongsinya lagi.
Dalam perkongsian manis itu memaparkan anak-anak Lisa menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buat aktres tersebut.
Untuk info, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.