“Indah khabar dari rupa,” itulah peribahasa sesuai untuk menggambarkan pengalaman seorang individu membeli Kek Tapak Kuda yang sedang tular ketika ini.
Perkara itu dikongsi menerusi aplikasi TikTok, di mana individu tersebut meluahkan rasa hampa apabila inti kek berharga RM18 yang dibelinya tidak seperti yang disangkakan.
“Konon teringin kek tapak kuda lepas tu beli lah yang Kinder Bueno. Harga bukan main RM18 tapi isi dalam tu memang Kinder Bueno semata-mata. Secalit coklat pun takde,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.
Ni la masalah bila orang juai hang pun beria nak juai, tapi hang juai punya la haukkk https://t.co/zHSqtmv5aC