Tular di aplikasi TikTok apabila video siaran langsung pelakon Meerqeen menari bersama ayahnya berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik oleh peminat, Meerqeen dilihat sempat mengajak dan mengajar ayahnya untuk melakukan tarian popular ‘Wadidaw’.
Pada awalnya, ayah kepada pelakon itu dilihat enggan untuk melakukan tarian tersebut kerana malu, namun akhirnya bersetuju dan berjaya mengikut rentak tarian Wadidaw bersama anaknya.
“Macam Abang dengan adik.. Awet muda ayahnya,” komen dari netizen.