Skip to main content

Berita Tempatan

"Macam Mana Nak Berniaga" - Roy Azman Kecewa IG Digodam

roy1.jpg

Pelakon Roy Azman mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya, @royazman30 yang mempunyai lebih 261,000 pengikut digodam pihak tidak bertanggungjawab.
 
Perkara itu dimaklumkan Roy menerusi satu entri yang dimuat naik menerusi  akaun Instagram baharu miliknya @royazmanofficial.
 
"Dukacita dimaklumkan akaun Instagram saya @royazman30 kena godam.

"Sejujurnya saya kecewa sangat dengan apa yang berlaku sebab itulah tempat saya cari makan.
 
"Sudah ada 261,000 pengikut, bukan senang nak bangunkan. Tahu-tahu orang dah cilok (curi)," katanya menerusi satu posting video.
 
Begitupun, katanya, dia masih lagi cuba mendapatkan semula akaun lamanya.
 
"Macam mana nak berniaga kalau akaun ni baru ada 200 pengikut. Tak apalah, nak buat macam mana.
 
"Kita kena terima dengan reda, saya masih lagi berushaa untuk mendapatkan balik akaun lama, ada juga sesetengah kawan dapat balik, harap sangat saya dapat balik," luahnya yang kecewa dengan apa yang berlaku.
 

Must-Watch Video

Advertisement