Skip to main content

Budaya Popular

"Mahkamah Syariah Pun Saya Tak Tahu" – Kamal Adli Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak & Fail Cerai

astrogempak_kamal_adli_nafi_kes_cerai-2.jpg

Pelakon Kamal Adli menafikan dakwaan dia dan isterinya, Uqasha Senrose, hadir ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian baru-baru ini.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, berkata dakwaan tersebut tidak benar, dan dia berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya serta isterinya.


Kamal berkata demikian ketika menghadiri majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat keputusan, aktor yang terkenal dengan drama Perempuan Tanpa Dosa itu menegaskan dia akan mempertimbangkan setiap tindakan dengan matang dalam urusan rumah tangganya.


Baginya, sebagai seorang lelaki, dia bertanggungjawab untuk berdepan dengan apa jua situasi dan tidak akan membiarkan wanita menangani perkara tersebut sendirian.

Namun, Kamal juga yakin situasi yang tidak diingini tidak akan berlaku kerana dia sangat menyayangi anak, isteri, dan keluarganya.

“Kalau ada apa-apa yang terjadi atau sebelum ia berlaku, saya akan fikir dahulu. Sebagai seorang lelaki, saya akan hadapi dahulu dan tidak akan membiarkan perempuan menguruskan perkara ini seorang diri. Insya-Allah, ia tidak akan berlaku.

“Saya sayangkan anak saya, saya sayangkan isteri dan keluarga saya,” jelasnya.


Pada masa sama, aktor serba boleh itu mengakui dia sedikit terganggu apabila orang ramai mula bertanyakan tentang keadaan rumah tangganya, sehinggakan ibu dan keluarga Uqasha turut bertanya sama ada mereka menghadapi masalah atau tidak.

Namun, Kamal menegaskan hubungan mereka baik-baik sahaja, cuma masing-masing sibuk dengan kerja. Kini, mereka mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka, Hawra.

“Terganggu juga sebenarnya sebab ramai orang bertanya, sampai mak saya dan keluarga Uqasha pun tanya sama ada kami ada masalah atau tidak.


“Jawapan kami tetap sama, kami tidak ada masalah. Cuma sibuk dengan kerja dan sekarang ini kami mahu menumpukan perhatian untuk menjaga Hawra,” jelasnya.

Terdahulu, nama Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan apabila dikatakan menghadapi masalah rumah tangga.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.

BERITA BERKAITAN: "Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

BERITA BERKAITAN: “Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

Must-Watch Video

Advertisement