Seorang lelaki yang selesai menjalani hukuman penjara susulan dikaitkan dengan kes pembunuhan Vina di Cirebon pada 2016, tampil melakukan perbuatan 'sumpah pocong' bagi membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut.
Lelaki yang dikenali sebagai Saka Tatal, 23, itu melakukan perbuatan itu di selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
Perbuatan itu disaksikan oleh warga sekitar dengan dipimpin oleh jemaah Padepokan Amparan Jati Cirebon.
Sumpah pocong adalah sebuah amalan tradisional di setengah kawasan di Indonesia, individu yang melakukannya akan dimandikan dan dibalut dengan kain kafan tidak ubah seperti jenazah.
Sumber: Sinar Harian