Skip to main content

Budaya Popular

“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri

whatsapp-image-2024-11-09-at-11-10-56-am.jpeg

 
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow akui kekok apabila dipaksa memberitahu jadual pemakanannya setiap hari kepada jurulatih kesihatan gara-gara ingin memastikan tahap kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun kata Joe, dia mula terbiasa dengan arahan itu dan menganggap sebagai satu perkara yang menggembirakan demi kebaikan dirinya.
 

 
"Saya tahu banyak kebaikannya sebab kadang-kadang kita pun main 'taram' sahaja apa yang kita nak makan," kongsinya.
 
Jelas Joe lagi, dia mula mengambil jurulatih peribadi sejak lima bulan lalu kerana ingin memastikan staminanya berada dalam keadaan baik.

 
"Saya sebenarnya dah lama amik coach untuk pastikan bila buat persembahan saya tak terlalu pancit atau cepat penat.

 
"Saya pun bukan muda lagi jadi semua ini lebih kepada kesihatan kita sendiri," ujarnya.
 
Sudah menganjak ke 46 tahun, penyanyi hip hop terkenal ini mengaku dia kini selesa dengan fizikalnya.
 
"Kita bukan muda. Makan, minum semua kena jaga. Bukan artis sahaja. Semua orang pun sama perlu tahu tahap badan masing-masing.
 
"Terus terang saya kata,bila saya tak update saya sendiri rasa lain," katanya.

Must-Watch Video

Advertisement