Pengacara dan usahawan fesyen, Karl Shafek menyelar tindakan seorang anak kapal sebuah syarikat penerbangan tempatan yang bersiaran secara langsung menerusi platform TikTok ketika sedang bertugas.
Karl berkata, keselamatan penumpang perlu diutamakan dan perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika bertugas bukanlah satu keperluan.
“Saya lihat stewardess itu buat live menerusi TikTok ketika penumpang sedang naik ke pesawat. Bagi saya, hal tersebut tidak betul. Mana boleh main phone waktu bertugas.
“Ketika zaman saya dulu, perkara sebegini tidak dibenarkan, tetapi saya tidak tahu pula kalau live di TikTok dibolehkan sekarang,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Viral
“Mana Boleh Main Phone Waktu Bertugas” - Karl Shafek Selar Tindakan Pramugari Buat Live Di TikTok Ketika Sedang Bekerja