Pelakon Sara Ali sanggup mengambil kelas lakonan untuk mempersiapkan dirinya bagi menjalani pengambaran filem Bisikan Dosa.
Sara akui, dia kini berada dalam zon selesa begitu lama menjadikannya sedikit risau untuk membawakan watak Sarimah dalam filem tersebut.
"Masalah saya sekarang ini, saya memang terlalu banyak berfikir watak Sarimah. Risau sebab kita dah terlalu lama (tinggalkan lakonan).
"So dalam kelas lakonan ini banyak yang saya belajar...I hope I get more dan harap-harap saya boleh gunakan kelebihan ini dalam lakonan lain," katanya kepada Gempak.
Bisikan Dosa mengisahkan Sarimah yang berpindah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu.
Ia berlaku ekoran kematian tragis anak kecilnya dan bekas suaminya pula curang yang telah berkahwin demgan wanita lain.
Sarimah kemudian menjadi pembantu rumah kepada keluarga Ayden tetapi tidak lama kemudian dia dihantui oleh satu roh tidak tenang dikenali dari potret keluarga itu yang dikenali sebagai Zara iaitu arwah siteri Ayden.