Skip to main content

Trend Pasaran

Masitah Tak Perlu Guna Kerusi Roda Lagi, Dah Boleh Berjalan & Berlari-Lari Anak! - "Rasa Hidup Kena Reset"

mashy.png


Masitah yang tercalon sebagai Top 5 Motivator Digital Tergempak, Anugerah Gempak Most Wanted 2023 akui tidak menangis ketika mula berdiri semula.

"Saya rasa hidup saya ini seperti kena 'reset' semula. Ketika ditahan di hospital selama 12 hari saya tidak boleh buang air kecil atau besar secara normal.

"Namun memasuki hari ke-13, saya sudah boleh menguruskan diri. Setiap satu perkara yang saya dapat buat sekarang saya sangat bersyukur dan seolah-olah seperti dilahirkan semula.

"Saya gembira kerana Allah beri peluang kedua ini untuk saya melalui semua ini walaupun tidak seperti bayi yang baru lahir.

"Saya tidak menangis ketika boleh berjalan dan berdiri, tetapi saya gembira apabila kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik," katanya.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari. Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

Must-Watch Video

Advertisement