Meninggal dunia akibat diserang oleh rejim Israel, jenazah seorang pemuda ditemui masih pegang tasbih dan dikatakan berbau wangi haruman kasturi.
Hal tersebut dikongsikan oleh Cinta Syria Malaysia menerusi video yang dimuat naik di platform X.
“Demi Allah. Saya saksi dia seorang ahli masjid. Setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, dia yang terawal hadir ke masjid.
“Dialah yang mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat berjemaah. Dia turut menghubungi saya untuk menunaikan solat,” katanya.