Bau busuk dihidu orang awam terungkai dengan penemuan mayat lelaki di dalam sebuah bagasi di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn, di Kajang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada jam 11.45 pagi.
Naazron berkata, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka akan dijalankan pada jam 9 pagi, Rabu.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintenden R K Umesh di talian 012-6114900," ujarnya.