Pempengaruh dan pencipta kandungan, Imran Bard memberi ‘amaran’ terhadap pengusaha pakaian untuk tidak menampilkan warga asing atau Mat Salleh menerusi iklan (kempen) baju raya tahun ini.
Menerusi hantaran di platform X, Imran berkata, sudah tiba masanya untuk pengusaha baju raya dan juga pereka berhenti mengharapkan wajah-wajah asing dan terus mengangkat bakat-bakat tempatan, khususnya model berketurunan Melayu.