Skip to main content

Berita Tempatan

"Merata Kita Merempat Dulu" - Mustaqim Bahadon Dedah Kisah Hidup Dalam Kereta, Mandi Di Stesen Minyak

mus1.jpg

Pelakon Mustaqim Bahadon mendedahkan bahawa dia pernah melalui detik kesukaran dalam hidup sehingga pernah kereta kesayangannya hampir ditarik pihak bank.
 
Bahkan, menurut Mustaqim, kenderaannya itu jugalah pernah menjadi 'rumah' buatnya untuk berlindung ketika cuba meneruskan kelangsungkan hidup sebagai seorang pelakon.
 
"Dulu, hang lah tempat berteduh aku. Hanglah katil aku. Hanglah rumah aku. Kita pernah tidur di tapak parkir mana-mana. Kita tidur di bawah pokok. Merata kita merempat dulu. Mandi di stesen minyak.
 
"Sampai pernah satu masa geng tarik kereta halang kita dua masa tengah tidur di tepi jalan. Merayu menangis masa tu aku tak bagi orang tarik. Moga Allah balas jasa abang tu, lepas dia tengok semua baju bantal dalam kereta," kongsinya di Instagram.
 
Dalam entri tersebut, Mustaqim turut memuat naik gambar dirinya bersama kenderaan yang disifatkan cukup banyak berjasa dalam hidupnya.
 

My king! Banyak sangat jasa hang kat aku! 2009 sampai 2019 hang dengan aku. Hang permudahkan aku cari rezeki sana sini. Aku masa tu buat extra berlakon. Ramai suruh aku stop berlakon & balik kampung. Tapi aku ni keraih kepala, aku tetap juga nak berlakon sebab ni passion aku, ni ja sumber rezeki aku. Aku kena berlakon sebab aku nak bela hang. Hang juga salah satu sebab aku still berharap dalam berlakon dulu sebab aku nak setel bayaq hang kat bank. Hang pernah hilang kena curi, aku jumpa balik hang remuk hati aku, teruk condition hang masa tu. sikit2 aku kutip repair hang. Dahlah aku tak berduit masa tu, tapi Allah permudahkan segala urusan. Dulu, hang lah tempat berteduh aku. Hanglah katil aku. Hanglah rumah aku. Kita pernah tidoq kat basement parking mana2. Kita tidoq kat bawah pokok. Merata kita merempat dulu. Mandi kat stesen minyak. Sampai pernah satu masa geng tarik kereta block kita dua masa tengah tidoq kat tepi jalan. Merayu menangis aku masa tu tak bagi orang tarik. Moga Allah balas jasa brader tu, lepas dia tengok semua baju bantal dalam kereta. Dia lepaskan kita & cakap jangan park tepi jalan kalau tak bayaq ? Paling steady masa aku tak berduit hang tak meragam langsung, bila dapat payment sikit mulalah hang buat perangai. Biasalah tu nak bermanja. Luruh jantung aku 2 tahun lepas cermin kena pecah, habis licin dalam kereta aku kena rembat. Haihhh!!! Penuh IG ni kalau nak cerita kisah kita dua. Aku sayang hang weh my king! Ada juga orang tanya nak beli, sentimental value mana boleh juai. La ni hang dengan abang aku. Abang aku pun boleh tahan sentimental dia, memang kena lah hangpa dua. Aku cakap kat abang aku semalam aku nak balik kereta ni, dia tak bagi sebab dah sayang. Hehe. Jumpa lagi king! U’re my 1st love ? Jangan sakit!

Must-Watch Video

Advertisement