Skip to main content

Budaya Popular

“Mereka Nampak Kebangangan Saya…” - Pablo Amirul Kongsi Cerita Pernah Jadi Anak Murid Kepada Farid Kamil & Bront Palarae

astro-gempak_pablo_amirul_farid_kamil_bront_palarae.jpg

Pelakon aksi, Pablo Amirul mendedahkan dia pernah menjadi anak murid kepada aktor Farid Kamil dan Bront Palarae kerana dirinya tidak mempunyai asas lakonan pada awal penglibatannya dalam dunia seni. 

Menurut video podcast ‘Isi Minyak Luu’, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri itu berkongsi bahawa dia terpilih untuk membawa watak sampingan yang membolehkan dirinya berlawan. 

Namun, disebabkan tidak mempunyai asas lakonan, Bront Palarae dan Farid Kamil cuba melatihnya untuk melakonkan watak tersebut.

“Pada mulanya saya tidak tahu filem apa yang saya bakal lakonkan. Kemudian, baru saya dapat tahu filem ini berjudul Anak Jantan dan pelakon utama dalam filem itu adalah Farid Kamil dan Bront Palarae. 


“Jadi, mereka latih saya dan jadikan saya sebagai anak murid mereka yang pertama,” katanya menerusi video podcast. 

Must-Watch Video

Advertisement