Bollywood membawa pengaruh besar di Malaysia hinggakan banyak acara yang menggunakan tema sedemikian demi mencipta kemeriahan.
Terbaharu, pengasas produk penjagaan kulit viral, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau lebih dikenali dengan nama Syarifah Khyra Muhsin memilih tema Bollywood sempena meraikan jenama Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd sekali gus melancarkan produk #jellyajaib.
"Masa kecil selalu tengok Hindustan satu family hari sabtu, selalu berangan nak menari kat dance floor. Semalam dah jadi macam berada di Mumbai, tetamu semua sporting. Alhamdulillah semua dipermudahkan.
"At first neves giler sebab lama tak buat event besar macam ni. tapi Semua happy and tak puas sampai ke balik pon bahu duk goyang lagi. My team always high energy! Duk Goyang bahu saja bagi release stress kami ni kerja kuat non stop," ujarnya.
Viral
Meriah Sungguh Malam Bollywood Pengasas Produk Jelly 'Sekali Sedut Tak Cari Lain' Ni! Che Ta, Elfira Loy Pun Sporting...