Sering dilihat bersama, pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha tidak terlepas daripada spekulasi peminat yang berharap agar kedua selebriti itu menjalinkan hubungan percintaan.
Menerusi entri terbaharu di Instagram yang dimuat naik oleh Daiyan, kedua-dua bintang W: Two Worlds itu dapat dilihat mesra menyanyi bersama.
Berikutan itu, ramai mula beranggapan bahawa bait-bait lirik daripada lagu Aku Dan Dirimu oleh Ari Lasso ft. Bunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Hun dan Daiyan dalam video tersebut memberi bayangan terhadap hubungan romantik mereka.
