Skip to main content

Berita Tempatan

"Mewarna Anak Ayam Tidak Dikategori Sebagai Penganiayaan Haiwan" - DVS

astro_gempak_mewarna-anak-ayam-tidak-aniaya-haiwan.png

Menurut laporan Bernama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
 
Merujuk kepada video tular di aplikasi Tiktok yang mendakwa haiwan diseksa secara terbuka di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, menurut DVS pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas anak-anak ayam berkenaan dan mendapati ia berada dalam keadaan yang baik serta tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau menderita.

Kenyataan itu memaklumkan pihak pempamer telah mematuhi semua keperluan kebajikan haiwan dan menasihatkan semua pihak agar membuat rujukan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa veterinar sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat serta mengundang provokasi.
 
Sumber: Bernama

Must-Watch Video

Advertisement