Susulan isu melibatkan Datuk Amy Search, penyanyi Shila Amzah memohon semua pihak berhenti mengaitkan anak kepada penyanyi legenda iaitu aktres Nabila Huda.
Menerusi perkongsian di Instastory, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, turut mendakwa kemungkinan apa yang berlaku berpunca daripada sesuatu yang membuatkan Amy menyerangnya.
“I have said my piece, please jangan kaitkan Abil in this. Tolonglah.
Pada masa sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku kerana baginya, Amy tidak pernah bersikap sedemikian sepanjang tempoh dia mengenali sosok legenda itu dalam industri muzik.
Shila juga mengakui tidak berkesempatan untuk menyatakan pendiriannya secara lebih jelas pada malam tadı.
“I am sorry that i didnt get to say his name out loud dan dalam keadaan penuh camera dihadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih teruk,” katanya.