Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkata dia sedang menjalani rawatan kemoterapi yang keempat.
“Bermulalah kemoterapi.
“Sekarang ini bag ketiga yang ambil masa 3 jam, dan selepas itu ada satu lagi bag. Semua kemoterapi ada empat bag.
Dalam pada itu, Elyana turut mendedah kos rawatan kemoterapi yang dijalaninya apabila disoal peminat mengenai kos rawatan tersebut.
“Bayangkan, ia tak termasuk bag pertama, kedua dan ketiga,” kongsi Elyana lagi.
Kurang Senang Disoal Tentang Kanser
Terdahulu, Elyana meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir netizen yang sering bertanyakan hal penyakit terutamanya mengenai kanser.
Tegas Elyana, dia bukanlah seorang yang pakar untuk menjawab persoalan berkaitan perubatan.
“Minta maaf, saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapat jawapan tentang penyakit ya.
“Saya pun pesakit macam anda. Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang bila orang perlukan,” tulisnya.
Terkilan Sering Dikecam
Malah, Elyana turut terkilan apabila sering menjadi bahan kecaman netizen.
“Bila ada yang tak kena di mata orang, orang maki hamun saya macam saya ni tak ada perasaan. Saya bukan malaikat.
“Korang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya.
“Ramai lagi orang yang bijak pandai kat luar sana,” tutupnya.
Untuk rekod, Elyana disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat selama 11 tahun.