Skip to main content

Viral

Nabil Mahir Ajar Cara Hilangkan Dakwat Kekal Di Jari - "Saya Rendam Sambil Gosok-Gosok Dalam ..."

sekadar-gambar-hiasan-2022-11-21t101735-196.png

Pengacara Nabil Mahir punyai cara tersendiri untuk menghilangkan dakwat kekal pada jari yang dicelup ketika mengundi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Kongsi Nabil menerusi video ringkas di Instagram (IG), dia menggunakan dua bahan iaitu cecair peluntur jenis Clorox dan jus lemon.

"Praktikal tips by Nabil Mahir. Cara nak hilangkan dakwat kekal.

"Sental menggunakan Clorox kemudian gunakan air perahan lemon untuk menghilangkan bau.

"Saya rendam sambil gosok-gosok," tulisnya sambil menunjukkan demonstrasi yang berhasil menanggalkan dakwat kekal itu.
 

Must-Watch Video

Advertisement