Menurut Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, tidak susah baginya untuk mencipta keserasian bersama pelakon baharu yang kebanyakkan daripada mereka adalah pertama kali di hadapan kamera.
“Dari hari pertama lagi chemistry itu ada, bermula dari sesi bacaan skrip lagi kami dah kenal-kenal.
Malah, juara Hero Remaja 2020 itu turut kagum dengan kesungguhan dan usaha mereka dalam menuntut ilmu dan mencari pengalaman.
“Saya percaya mereka boleh jadi orang baik,” ujarnya lagi.
Tiada Masalah Disiplin
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Projek: High Council itu memaklumkan tiada masalah disiplin berlaku dalam kalangan pelakon baharu di set penggambaran.
“Disiplin ini adalah dari diri sendiri, jadi saya rasa tak boleh berkata lebih, saya juga adalah pelakon baharu.
“Kebanyakan daripada mereka baru berlakon satu drama, bagi saya tiada masalah atau isu daripada mereka sepanjang berlakon bersama,” kongsinya.
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ditayangkan mulai 25 September setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go.
Drama 20 episod itu menampilkan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro seperti Nadhir Nasar, Aiman Ameer, Arabella, Aizat Saha, Evertts Gomes, Arena Lieya, Syed Khalique (kecik) dan ramai lagi.