Skip to main content

Budaya Popular

Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”

astrogempak_chahcha.jpg

Pelakon, Chacha Maembong memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Jelasnya, jika hari bahagia itu sudah tiba dia sendiri yang akan mengumumkannya dan tidak akan menyimpan rahsia kepada umum.

“No komen, saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Dari pihak saya memang tiada keluar apa-apa statement jadi saya rasa tidak kot.

“Jadi saya rasa tidak, kalau ada jodoh adalah. Nak kata merancang tu belum lagi, doa yang terbaik untuk saya. Saya pun tak nak berahsia sebab benda baik kenapa nak sorok tapi kalau bukan dari mulut saya, jadi saya tak nak komen apa-apa,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu mengakui ada perasaan bimbang mengenai masa depan terutama apabila melihat rakan-rakan dan ahli keluarga lain sudah mendirikan rumah tangga.

Must-Watch Video

Advertisement