Skip to main content

Berita Tempatan

Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

astro-gempak_loparan_akhir_nahas_elmina.jpg

Laporan akhir berhubung nahas kemalangan udara Elmina di Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelang setahun insiden tersebut.


Pada 15 September tahun lalu, laporan awal yang diterbitkan oleh MOT mendedahkan tiada objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin kiri dan kanan pesawat Beechcraft 390 Premier 1.

Laporan awal nahas itu juga menyatakan enjin sebelah kanan pesawat itu terpecah kepada tiga segmen yang berbeza iaitu kipas; pemasangan sarung kipas dengan bilah Tekanan Perantaraan (IP) dan Alat Pemampat Tekanan Tinggi dan Bahagian Panas.


Siasatan ke atas nahas tersebut dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengikut Annex 13 berdasarkan Konvensyen Chicago dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016.

Pesawat berkenaan dikendalikan oleh Jet Valet Sdn Bhd yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (WMKL), menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Laporan awal juga menyatakan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 itu mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan.

Sumber: Astro Awani

Must-Watch Video

Advertisement