Pelakon dan juga bintang program realiti Who’s Your Bro, Ikmal Amry mengakui tidak mudah untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang sasa.
Menurut Ikmal, konsistensi dan semangat yang kuat adalah dua perkara penting dalam mengekalkan bentuk badan.
Minat aktiviti kecergasan selepas tamat belajar
Mengulas mengenai penjagaan tubuh, Ikmal berkata dia mula meminati aktiviti kecergasan selepas tamat belajar.
“Saya mula sedar yang saya minat fitness masa habis belajar, kita tengok diri kita sendiri dekat depan cermin.
“Untuk saya bila tak ada fitnes banyak benda yang kita terhad untuk lakukan, jadi bila terhad banyak yang kita terlepas.
“Pada saya itu sangat merugikan jadi pilihan yang terbaik adalah untuk menjadi fit dan dapat buat semua benda, enjoy dengan apa yang kita buat,” kata nya.
Saksikan Maskulin Who’s Your Bro di saluran Astro Ria bermula, setiap Jumaat jam 9 malam.