Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memuat naik video sedang berbelanja untuk semua pekerja kilangnya di Kelantan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh itu dilihat membawa semua pekerjanya seramai 100 orang pergi membeli belah untuk persiapan hari raya.
“Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah jumlah duit raya yang diberikan kepada pekerjanya.
Oleh itu, rata-rata netizen terus meninggalkan komen lucu bertanya sama ada kilang milik pempengaruh itu mempunyai jawatan kosong.
Selain itu, ramai yang memuji sikap pemurah Khairul Aming yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan pekerjanya, membuatkan perniagaannya terus maju dan diberkati.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ada kerja kosong tak? Jadi, Cleaner pun jadilah.”
“Reward untuk pelajar cemerlang ada tak.”
“Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki Allah akan bagi, Teruskan support produk KA.”
“Tahniah anak melayu, saya tumpang bangga,” komen netizen.