Tular di aplikasi TikTok apabila akaun milik CineMagicMY memuat naik video yang merakam seorang penjual menjual t-shirt konsert Aina Abdul - IMAJI TOUR 2024 yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Jumaat telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, netizen terhibur apabila mendapati baju yang dijual bukanlah memaparkan wajah Aina Abdul, tetapi wajah penyanyi lain, iaitu Ernie Zakri.