Sejak kebelakangan ini, penampilan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida semakin menyorot perhatian netizen.
Dari segi pemakaian sehingga saiz bibir, apa sahaja yang dikongsikan oleh Vida di media sosial pasti akan menjadi topik bualan.
Kali ini, penampilan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu sekali lagi menjadi bahan perbincangan apabila dia dikatakan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum ini.