Skip to main content

Viral

"Naskhah Ditunggu 15 Tahun" - Novel Andai Itu Takdirnya Didramakan! Peminat Teruja Sampai Trending

andaitrending_header-(2).jpg

"Akhirnya naskhah yang ditunggu selama 15 tahun ditayangkan juga," demikian keterujaan peminat terhadap naskhah Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya yang akhirnya diterbitkan sebagai drama.

Baru saja dua episod ditayangkan, drama lakonan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha itu terus menjadi topik sohor kini di Twitter.



Malah, ada yang menyifatkan drama itu kena dengan pelbagai isu semasa melibatkan hubungan rumah tangga dan suami isteri.

"Tak sabarnya tunggu episod berikutnya and nak stand by tweet marah Syed Aizril setiap hari. Dah lama pendam! Masa baca novel tak boleh nak marah sesiapa.

"Tak sabar tunggu drama Andai Itu Takdirnya. Dah lama tak meroyan tengok drama Melayu.

"Andai Itu Takdirnya nak dibuat cerita juga akhirnya, dah lama aku tunggu," kongsi beberapa ciapan lain di Twitter.
 

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. 
Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. 

Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. 

Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. 

Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. 

Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka. 

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Azreen yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. 

Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

Must-Watch Video

Advertisement