Skip to main content

Budaya Popular

Nazim Othman Buat Rawatan ‘Face Lifting’ Selepas Mengadu Ada Garis Bawah Mata, Netizen Pesan: “Berpada-Pada, Dah Handsome Semula Jadi”

astro_gempak_-(66).png

Menerusi perkongsian di TikTok, Nazim sedang membuat rawatan wajah bertujuan untuk menegangkan dan meremajakan semula wajah. 

Dalam sesi rawatan tersebut, seorang pakar klinik tersebut memaklumkan Nazim mengadu kepadanya bahawa ada garisan dibawah mata.

Menjengah ke ruangan balas, ada netizen menyokong cara Nazim menjaga penampilan diri dengan menjalani rawatan wajah tersebut.

Namun ada juga netizen lain berpendapat pelakon itu sudah cukup tampan tanpa perlu sebarang rawatan tambahan.

“Biasalah bang.. masuk 4 series ni tak boleh elak, buat treatment pun tak tahan Lama. kena buat lagi. Kena standby duit sajalah,” komen netizen.

“Wowww bertambah remaja gitu, nak buat juga lah. Mahal tak?,” soal netizen.

“Abang jangan repair banyak sangat. Berpada pada, bagi kami abang ni macam Tom Cruise Malaysia sebab hensem dari muda dan tua tak berubah. maintain hensem,” pesan netizen. 

“Betul la beauty is pain,” komen netizen lagi.

“Buat apa nak buat benda tu?? Awak dah hensem semula jadi,” komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement