Skip to main content

Budaya Popular

Neelofa Kongsi Tips Kekal Istiqamah, Terinspirasi Dengan Orang Selalu Khatam Al-Quran - “Bila Tengok Reels Di Media Sosial, Saya…”

astrogempak_neelofa_kekal_istiqamah.png

Selebriti dan usahawan Neelofa berkongsi tips untuk dirinya sentiasa istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Neelofa berkata kenalannya yang kerap khatam Al-quran antara yang menjadi inspirasi kepada dirinya.

Selain itu, selebriti berusia 36 tahun ini juga memberitahu dia akan memaksa dirinya untuk melihat konten yang berkaitan dengan Islamik.

 

“Pertama, saya sentiasa terinspirasi dengan orang yang selalu boleh khatam Al-Quran. Antaranya kenalan yang asyik khatam, memang buat saya terinpirasi sangat.

 

“Kedua, bila tengok reels di media sosial, saya bukan sahaja tengok yang lawak tapi yang menyentuh hati… saya memang tidak akan scroll kalau ada reels islamik.

 

“Tapi biar walaupun kita tak nak dengar, paksa juga dengar. Kan 30 saat saja. Kalau video lain boleh pula tadah muka 20 minit,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, suaminya iaitu penceramah bebas, PU Riz atau Haris Ismail turut memuji perubahan Neelofa yang berpakaian menutup aurat walaupun dalam cuaca yang panas.

@lucynani00 Sumber kekuatan Neelofa. #neelofa #poscast #fyp ♬ سكت - ريحان

Must-Watch Video

Advertisement