Sepasang pengantin menerima kecaman hebat oleh netizen gara-gara mengambil gambar di sebuah landasan sehingga mengganggu laluan kereta api.
Menerusi video berdurasi 12 saat yang dimuat naik, pasangan tersebut dilihat terburu-buru untuk berjalan keluar dari landasan jambatan Gullemard, Tanah Merah, Kelantan selepas melihat kehadiran kereta api sedang bergerak ke arah mereka.
Walaupun sudah diberi amaran oleh kereta api berkenaan menerusi bunyi hon, mereka masih tidak bergerak pantas untuk keluar dari kawasan berkenaan.
Situasi tersebut menyebabkan kemarahan netizen memandangkan kereta api itu sedang mengejar masa menuju ke destinasinya.
“Boleh jalan santai lagi, sakit hati pula tengok.”
“Demi ‘sekeping kenangan’, jangan jadi bodoh. Sanggup nak mati. Elok la tu. Kuranglah sedikit keturunan bodoh dekat dunia ni.”

BERITA TRENDING: Bekas Suami Dewi Perssik Tunjuk ‘Anu’ Pada Lelaki, Paksa Buka Seluar
BERITA TRENDING: Jumpa Belut Dimasuk Dari Dubur Dalam Perut Lelaki, Doktor Syak Untuk Kepuasan S*ks
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraihlebih 417 ribu jumlah tontonan di aplikasi X.