Skip to main content

Viral

Netizen Dakwa Abang Baju Merah Yang Tunjal Kepala Pemandu Wanita Pernah Tampar Staff Sebuah Restoran? Ini Tindakan Pihak Berkuasa…

img_9067.png

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kisah pemandu wanita yang ditunjal kepalanya oleh seorang lelaki.

Ada pelbagai cerita lain yang turut bercambah selepas isu berkenaan tular, termasuk kisah seorang lagi wanita yang mendakwa lelaki sama pernah menampar seorang pekerja restoran.

Menerusi satu rakaman video, wanita tersebut menjelaskan, kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya sendiri.

BACA: Lelaki Biadap Tunjal Kepala Wanita Akhirnya Ditahan, Netizen Komen - "Tangan Laju Daripada Otak Memang Mendapatlah"

“Abang baju merah tu, dia tampar staff di sebuah restoran. Memang terjadi di depan mata saya dan family. Masa tu tengah nak order makanan, dia dah tampar sekali, tapi saya malas nak masuk campur.

“Masa dia nak pergi bayar, dia marah-marah. Walaupun makanan lambat sejam, sabarlah. Kalau tak nak tunggu, boleh angkat kaki. Kemudian dia lempar makanan dan tampar seorang staff baharu berkali-kali.
 

Saksi tapi tempat lokasi adalah tempat makan steamboat . pic.twitter.com/LU78HPSnkb

Must-Watch Video

Advertisement