Pada Sabtu lalu, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat melangsungkan majlis perkahwinan, sekaligus menutup segala teka-teki yang melanda perhubungan mereka sebagai sepasang kekasih.
Menerusi perkongsian di laman sosial, dilihat ramai rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis, antaranya Puteri Sarah, Nora Danish dan juga pelakon dari Indonesia, Baim Wong.
BACA: Walaupun Isteri Keguguran, Baim Wong Tetap Tunai Janji Hadir Majlis Kahwin Janna Nick
Selain itu, penyanyi Shila Amzah turut hadir pada majlis berkenaan, ditemani tunangnya, Ubai.
Masih mengenakan busana berona putih dan krim, sesuai dengan tema, namun, bintang Gegar Vaganza 9 itu tidak menyarungkan dress atau baju kurung seperti tetamu yang lain.
Viral
Netizen Persoal Busana Shila Amzah Yang Terlalu Kasual Ketika Menghadiri Majlis Kahwin Janna Nick