Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Sedih Anak Itik Natasha Hudson Mati - “Tak Terfikir Aku Menangis Sebab…”

astrogempak_natasha_hudson_sedih_anak_itik_mati.jpg

Pelakon, Natasha Hudson meluahkan rasa sedihnya selepas kehilangan haiwan ternakan kesayangan, seekor anak itik yang diberi nama Jati akibat jangkitan virus.

Menerusi perkongsian video di TikTok, pelakon itu berkongsi perasaan pilu dan memohon maaf kepada haiwan kesayangannya itu kerana tidak sempat menyelamatkannya daripada terkena virus berbahaya.

“Maafkan Tasha sebab hanya mampu buat setakat ini dan hanya diberi masa yang singkat bersama Jati. Dua hari lepas memang sangat menyedihkan dan saya tak sangka perkara ini akan berlaku,” katanya. 

Tambahnya lagi, pemergian Jati memberikan kesan yang sangat mendalam dan kehilangannya sukar untuk diterima.


Namun, Natasha tetap tabah dan menganggap kejadian ini sebagai satu proses pembelajaran dalam menguruskan haiwan ternakan, khususnya itik.

“Ia satu proses untuk saya belajar tentang cara membela itik. Bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya belajar banyak perkara daripadanya. Terima kasih Jati, atas kasih sayang yang awak berikan,” kongsinya. 
 

Must-Watch Video

Advertisement