Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna di TikTok, menyatakan bahawa lelaki tersebut hanya melakukan video gurauan terhadap budak sekolah sehingga menjadi isu besar.
Meninjau di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan pendapat individu tersebut dengan menyatakan ‘abang bas’ tidak bersalah dan mereka sentiasa mendoakan segala urusan lelaki tersebut berjalan dengan lancar.
Ini antara komen netizen;
“Saya dibelakang abang bas. Niat dia baik. Yang fitnah dia nanti merangkaklah cari dia”
“Kami ramai-ramai mendoakan abang bas agar dipermudahkan urusan”, komen dari netizen.
Terdahulu, pemandu bas dipercayai memuat naik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangannya', direman selama lima hari bermula dari Jumaat.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 636,600 ribu tontonan dan mendapat 17,400 ribu butang suka.